SELAMAT DATANG KE LAMAN PSS SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA.

Pemandangan Sekolah

Sunday, October 17, 2010

Lawatan Dari Bukit Tinggi

Pada 15hb Oktober 2010 satu Rombongan Pegawai dari Bukit Tinggi Indonesia telah datang untuk membuat lawatan ke SKKOTA yang terdiri daripada tenaga pengajar di Bukit Tinggi.
Para pegawai tersebut disambut oleh semua warga SKKOTA termasuk pelajar yang diiringgi dengan paulan kompang yang dipalu oleh kumpulan kompang SKKOTA.


Ketika berada di dalam kelas tahun satu.


Berbual dengan salah seorang murid PPKI

Ketika berada mengunjungi Pra Sekolah.

Tuesday, June 22, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Pada hari khamis 20 Mei 2010 Sek. Keb Kota telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah bersama-sama dengan guru, staf dan murid-murid.

Guru Besar SKKOTA Pn. Jasmiah Bt. Hj. Mustaffa sedang memotong kek sempena Hari Guru.

Para pelajar beratur mengambil peluang untuk bersalaman serta memberi hadiah kepada guru-guru.

Murid-murid tahun 3 membuat persembahan nasyid kepada guru-guru.


Guru-guru SK.KOTA bergambar beramai-ramai.

Wednesday, May 5, 2010

Pesta Muzik 2010



Tahniah diucapkan untuk pasukan kompang SK.KOTA yang telah berjaya mendapat johan dalam acara kompang berfarmasi buat julung kalinya. Pasukan ini baru sahaja dibentuk secara tidak langsung pada bulan April yang lalu.Terima kasih kepada semua guru SK.KOTA yang terlibat secara langsung atau tidak.

Monday, April 12, 2010

Penyerahan Tali Lehet n Button

Pada 29 Mac 2010 hari Isnin Guru Besar SK.KOTA telah menganugerahkan tali leher dan button yang berwarna kepada pelajar tahun 6 yang melambangkan kepada sesuatu yang hebat. Ianya merupakan sebagai satu perangsang untuk pelajar meningkatkan kualiti pelajaran masing-masing.


Guru Besar SK.Kota menyerahkan tali leher kepada Mohd Yusri

Pn.Azilla bersama anak murid yang bertali leher berwarna Hijau yang melambangkan pelajar yang Gemilang

Pn. Rashidah bersama anak murid yang bertali leher berwarna merah melambangkan pelajar yang Cemerlang
Cik Syarifah bersama pelajar yang memakai tali leher yang bewarna biru dan berbutton kuning yang melambangkan Terbilang

Sunday, March 7, 2010

MESYUARAT AGONG PIBG


Pada 5hb Mac 2010 Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG) telah melaksanakan satu mesyuarat bagi kali yang ke 35,yang bertempat di dewan tertutup SKKOTA pada jam 3.00 petang.
turut hadir YB.Tn.Hj. Khairi B. Jamaluddin yang merupakan Penaung SKKOTA. turut hadir juga wakil dari PPD Rembau Datin Hjh. Naemah Bt. Ahmad
YB.Tn.Hj. Khairi B. Jamaluddin ketika berucap sebagai perasmi Mesyuarat Agong PIBG Skkota
YB.Tn.Hj. Khairi B. Jamaluddin menyampaikan sijil serta trofi kepada pelajar yang telah berjaya dalam UPSR baru-baru ini

Sebahagian dari ibubapa yang turut hadir dalam Mesyuarat PIBG skkota.
Ahli Jawatankuasa pelaksana bagi Mesyuarat PIBG kali ke 35 2010

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

PADA 25HB FEBRUARI SK KOTA TELAH MENGADAKAN SATU PROGRAM TAHUNAN IAITU SUKAN SEKOLAH YANG DIADAKAN DENGAN LEBIH MERIAH DARI TAHUN YANG SEBELUMNYA. SUKAN SEKOLAH DISERIKAN DEGAN KEDATANG WAKIL DARI PPD REMBAU.




Monday, February 8, 2010

Perlantikan Pengawas PSS tahun 2010

Pada 8 Februari 2010 AJK PSS telah sebulat suara melantik wakil ketua pengawas Pusat Sumber Sekolah yang diwakili oleh Nur Aimy Atiqah Bt. Abd. Karim sebagai ketua dan bantu oleh Mohd HelmiB. Hairudin sebagai Timbalan Ketua serta Nur Syafira Bt. Mohd Nasir.
Diharapkan dengan perlantikan baru ini dapat melicinkan lagi perjalanan Pusat Sumber Sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Direkacipta Oleh: | Suhaidi MD. Sidek