SELAMAT DATANG KE LAMAN PSS SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA.

Pemandangan Sekolah

Sunday, April 26, 2009

MOTO PSS

MOTO PSS

PSS
PENGGERAK MINDA MURID

OBJEKTIF PSS

OBJEKTIF PSS

1. Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran prestasi pencapaian akademik.

2. Menggalakkan murid-murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan p&p supaya mereka tidak bergantung semata-mata kepada buku teks dan kaedah ‘chalk dan talk’.

3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri , suka membaca dan sikap ingin tahu di kalangan murid melalui penggunaan bahan di PSS.

4. Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan p&p.

5. Mengadakan perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza antara satu sama lain.

6. Melatih murid menggunakan alat ‘hardware’, Perkhidmatan mengesan maklumat dan rujukan.

MATLAMAT PSS

MATLAMAT PSS

-Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah secara menyeluruh.

-Membentuk profesion guru yang berilmu , dinamis, kreatif dan berpendidikan untuk membantu membangunkan sahsiah guru sendiri dan pembangunan nusa , bangsa dan agama

-Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk pembangunan nusa, bangsa dan agama.

-Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar.

Pengenalan PSS

Pengenalan
Pusat Sumber Sekolah ini terletak di paras dua blok A. Pusat Sumber ini terdiri dari 4 bilik khas iaitu :

a. Bilik Perpustakaan
b. Bilik Bahan Bantu Mengajar
c. Bilik ‘ SAL ‘
d. Bilik Panggung Merak ( Audio Visual / Bilik Tayang )


A. Bilik Perpustakaan


1. Bilik ini memberikan perkhidmatan pinjaman buku-buku kepada
guru-guru dan murid.

2. Buku-buku di bilik ini disusun mengikut Sistem Pengkelasan
Dewey.

3. Di bilik ini juga terdapat sudut Pembelajaran Kendiri.

4. Perkhidmatan rujukan untuk guru-guru dan murid

5. Papan maklumat disediakan untuk penyebaran maklumat terkini teknologi pendidikan , berita pendidikan semasa untuk semua guru dan murid.

6. Sudut bercerita , Sudut Nilam dan Sudut ETeMS.

7. Kemudahan tempat untuk mengadakan mesyuarat.

8. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai perabot seperti meja, rak buku , rak majalah, rak akhbar, kerusi, rak kad katalog dan lain-lain.

B.Bilik bahan Bantu mengajar

1. Bilik ini beroperasi sebagai bilik kerja / baik pulih bahan p & p.

2. Memberikan perkhidmatan sumber bahan bantu mengajar kepada guru-guru.

3. Bahan dan alatan yang disimpan di bilik ini terdiri dari :

3.1 Carta mata pelajaran Bahasa Melayu , B.Inggeris, Matematik , Pendidikan Islam , Sains dan Kajian Tempatan.
3.2 Kit
- Kit permainan dalaman ( Indoor Games )
- Kit Pendidikan
3.3 Kad bacaan
- B. Melayu , B. Inggeris , P. Islam
3.4 Bahan pengajaran Matematik
3.5 Peta
3.6 Alatan teknikal / Elektronik
3.7 Glob
3.8 Alatan Sains
3.9 Bahan Seni


C. Bilik ‘ SAL ‘

1. Bilik ini beroperasi sebagai bilik bahasa untuk pelajaran B.Inggeris.

2. Bilik ini digunakan sebagai bilik mengajar bahasa Inggeris dalam suasana / ‘ senario ‘ Bahasa Inggeris.

3. Bahan atau alatan yang disimpan didalam bilik ini :

- carta-carta Bahasa Inggeris
- buku – buku cerita
- buku rujukan
- kit permainan
- kad-kad bacaan




D. Mini Panggung Merak ( Bilik Tayang / Audio Visual )

1. Bilik ini digunakan untuk membuat sesuatu tayangan Samada tayangan filem , video / Astro.

2. Bilik ini juga boleh digunakan oleh guru-guru sebagai bilik mengajar yang memerlukan bahan tayangan dalam usaha mempelbagaikan teknik penyampaian pengajaran.

3. Bahan yang boleh didapati di bilik ini ialah :

- VCR ( Video Cassette Recorder )
- VCD
- Peti Televisyen
- Astro
- Skrin
- OHP

4. Bilik ini dilengkapi dengan kerusi dan meja untuk pembelajaran .

Falsafah Pendidikan Malaysia

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu saha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan ,
berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Tuesday, April 21, 2009

PROGRAM DAN AKTIVITI NILAM DAN RAKAN PEMBACA


BILIK -BILIK PSS





MAKMAL ICT


BILIK SENI


KELAS

BILIK PEMULIHAN J-QAF


BILIK PEMULIHAN KIA


MAKMAL SAINS


BILIK KEMAHIRAN HIDUP



BILIK MUZIK


BILIK TAYANG


PUSAT SUMBER SEKOLAH

BILIK PSS

FUNGSI DAN PERANAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH

Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko- kurikulum.
Berkhidmat sebagai agen pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu / kumpulan dalam proses pembelajaran.
Pusat bahan dan alatan. Menyediakan bakat dan peluang.
Menggalakkan dan mempromosi aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

PROGRAM DAN AKTIVITI PSS

1. Orientasi Pusat Sumber Sekolah
2. Mesyuarat PSS
3. Promosi PSS
4. In-House Training
5. Laluan IQRA
6. Program Anti Dadah
7. Penambahan Buku / Bahan
8. Kuiz
9. Pertandingan Anjuran Panitia
10. Keceriaan
11. Jualan majalah
12. Program Galakan Membaca
13. Minggu PSS

JAWATAN KUASA PSS

PENGERUSI : Pn. L.Saraswathy
Penyelaras PSS

SETIAUSAHA : Pn. Aida Bt. Othman
Guru Perpustakaan 1

PEN.SETIAUSAHA : Cik Hasnah Bt. Hassan
Guru Perpustakaan 2

AJK : Pn.Rosminah Md Nor
Guru BBM

Cik. Roslina Bt.Kassim
Guru Bilik SAL

En. Jafri B. Md. Yusuf
Guru Bilik Sains

En. Hassan B. Hamid
Guru Bilik Tayang / K. Hidup

Pn. Noraya Bt. Kassim
Guru Bilik BOSS

Pn.Nina Haryani Mokthardin
Guru Bilik Seni

Pn Hanidah Hamzah
Guru Bilik Muzik

En. Razman Md Yatim
Guru Bilik Akses
Suhaidi Md. Sidek
Guru Bilik ICT

OBJEKTIF

1. Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran
prestasi pencapaian akademik.

2. Menggalakkan murid-murid dan guru
menggunakan pelbagai kemudahan p&p supaya mereka tidak bergantung
semata-mata kepada buku teks dan kaedah ‘chalk dan talk’.

3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri , suka
membaca dan sikap ingin tahu di kalangan murid
melalui penggunaan bahan di PSS.

4. Membantu guru-guru dan murid-murid dalam
usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan p&p.

5. Mengadakan perkhidmatan dan kemudahan yang
sesuai untuk memenuhi keperluan murid yang
berbeza antara satu sama lain.

6. Melatih murid menggunakan alat ‘hardware’,
Perkhidmatan mengesan maklumat dan rujukan.

MISI

Menyediakan persekitaran yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran
ke arah pembentukan insan yang kamil.

Semua ahli PSS bekerja dalam satu pasukan dengan penuh komitmen ,
jujur, bertanggungjawab , harmoni, serta cemerlang untuk melahirkan generasi yang cemerlang dalam semua aspek untuk memperjuangkan pendidikan dan memenuhi aspirasi serta kehendakindividu ,
masyarakat dan Negara.

VISI

Kecemerlangan
dan keharmonian yang
berterusan ke arah melahirkan
generasi yang berakhlak mulia ,
berilmu pengetahuan , berkemahiran dan berpandangan jauh untuk
menepati matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020
.

MATLAMAT

Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah secara menyeluruh.

Membentuk profesion guru yang berilmu , dinamis, kreatif dan berpendidikan untuk membantu membangunkan sahsiah guru sendiri dan pembangunan nusa , bangsa dan agama

Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk pembangunan nusa, bangsa dan agama.
Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar.

email PSS



NAMA ANDA
ALAMAT EMAIL ANDA
Subject
Message
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]






Sebarang masalah ataupun cadangan yang ingin anda utarakan kepada kami,
bolehlah terus menghubungi kami di talian, atau boleh
menghantar email seperti berikut:

tel : 06- 4381206
fax : 06- 4381206
email: skkotarbu@gmail.com
Alamat : Sekolah Kebangsaan Kota
71350 Kota,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Guru Besar : Pn. Jasmiah Bt. Hj. Mustaffa
017 6820902

GPK1 : En. Nordin B. Bharom
0172197958

GPK HEM : Pn. Julia Bt. Abd. Rahman
012 3540388

GPK KOKURIKULUM : En. Bahrim B. Selamon
013 6475722

Penyelaras PSS : Pn. Saraswathy
0176241859

Penyelaras ICT Sekolah : En. Suhaidi B. Md. Sidek
012 6102235




SEJARAH SEKOLAH

Kronologi 100 tahun Sejarah S.K.Kota

Zaman British - Keadaan Fizikal Sekolah

Pada akhir tahun 1800. telah wujud sebuah sekolah yang diusahakan oleh penduduk kampung Kota. Ianya merupakan sebuah pondok kecil lagi usang dan terletak di penghujung pekan Kota. Lokasinya di tapak pasar lama Kota. Sekolah tersebut merupakan sebuah pondok kecil beratap rumbia, tidak berdinding dan berlantaikan tanah. Pondok ini diberi nama Sekolah Orang-orang Melayu Kota.
Kemudian pada tahun 1903, kerajaan British telah mendiri sebuah bangunan yang berukuran 120 kaki panjang dan 30 kaki lebar. Lokasi bangunan ini adalah di perkarangan S.K. Kota sekarang. Bangunan ini sebuah bangunan bertiang batu dan mempunyai dua tangga batu di hadapan. Atapnya atap rumbia, dinding setengah dinding papan sisik tenggiling dan di sebelah atasnya dipakukan papan secara bersilang yang dipanggil dinding berandar. Bangunan ini disekat dengan papan penghadang untuk dijadikan bilik darjah dari darjah satu hingga dsarjah lima.Di bahagian hadapan sekolah ini tertulis perkataan “Didirikan 1903”. Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Kota. Tiada kerusi dan meja untuk guru dan murid. Jalan bertar dari jalan besar terus ke dua buah sekolah. Di sebelah kiri sekolah dibina 2 buah rumah guru dan di bahagian belakang rumah guru tersebut dibina sebuah perigi. Rumah guru ini dirobohkan pada tahun 1964 kerana bangunan sekolah baru di bina.Di bahagian belakang sekolah ada kawasan kebun sayur dan padang .
Rumah guru kedua dibina pada tahun 1920. Rumah bertiang dan berkembar dua ini didirikan di bahagian hadapan berdekatan jalanraya. Rumah ini kekal sehingga tahun 2002 . Sekolah ini dikhaskan untuk pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan ditempatkan di Sekolah Melayu Kampung Tanjung.
Pada tahun 1950 dibina sebuah bangunan tambahan yang dibuat daripada kayu. Bangunan ini juga bertiang tetapi bertiang kayu dan beratap rumbia. Bangunan kedua ini di bina ditapak kantin yang ada sekarang. Selepas zaman Jepun pertambahan murid mendadak. Murid perempuan juga mula belajar disekolah ini pada tahun 1948. Pada zaman selepas penjajahan Jepun murid bertambah banyak. Oleh kerana tidak cukup bilik darjah, sebahagian murid telah di tompangkan belajar di bangunan berek bekas tentera Jepun yang dipanggil Coren Dojo yang terletak di kawasan Jabatan Pertanian Kendung. Tidak lama selepas itu pelajar kembali semula belajar di SK Kota kerana pada tahun 1950 dibina sebuah bangunan tambahan yang ibuat daripada kayu. Bangunan ini juga bertiang tetapi bertiang kayu dan beratap rumbia. Bangunan kedua ini di bina di tapak kantin yang ada sekarang.Pada awal penubuhan sekolah ini muridnya hanyalah pelajar lelaki sahaja.
Guru-guru yang mengajar juga bukanlah guru terlatih. Guru-gurunya pula adalah murid-muird lepasan sekolah ini juga. Oleh kerana di kawasan ini cuma ada sebuah sekolah sahaja, maka pelajarnya terdiri daripada anak-anak dari kampong Perah, Kg Kota, Kg Batang Nyamur, Kg. Gadung, Kendung , Cengkau Ulu hingga ke Legung Ulu. Pendidikan pada awal penubuhan sekolah ini hanyalah setakat darjah 5 sahaja. Selepas perang dunia kedua, pendidikan pula sehingga darjah enam dan pada 1950 hingga lah 1956 pendidikan adalah sehingga darjah 7. Pada ketika itu tidak ada unifom khas bagi murid. Murid datang ke sekolah memakai pakaian biasa seperti mana mereka pakai di rumah. Kebanyakan murid tidak berkasut. Keadaan sosio ekonomi orang Melayu ketika itu adalah sangat miskin. Tiada meja dan kerusi untuk giuru dan murid. Murid tahun darjah 1 menggunakan sekeping papan batu dan sebatang kalam. Murid-murid darjah lain menggunakan buku untuk menulis. Semua murid dan guru akan duduk bersila semasa belajar. Sekiranya telah penat murid tersebut akan meniarap dan ada juga yang mencangkung bila menulis.
Pada akhir tahun akan diadakan ujian. Murid yang lulus ujian akan dinaikkan ke darjah yang seterusnya. Mana-mana murid yang tidak lulus akan tetap tinggal belajar di kelas mana mereka belajar. Contohnya jika seseorang itu tidak lulus dalam darjah 1 makan dia akan tinggal dalam darjah itu pada tahun berikutnya. Begitulah seterusnya. Adakalanya murid tersebut berada selama 3 -4 tahun di dalam darjah satu. . Pelajaran yang diajar ketika itu adalah pelajaran Bahasa melayu tulisan, bacaan dan rencana diajar dalam rumi dan jawi. Subjek lain ialah lukisan, ilmu kira-kira, Tawarikh, Ilmu alam, anyaman Oleh kerana dasar ingin hanya ingin menjadikan orang melayu sebagai petani sahaja subjek berkebun diajar. Setiaa orang murid akan ada batas bagi kebunnya sendiri. Gurunya pula amat terhad. Ada sesetengah guru yang terpaksa mengajar 2 kelas contohnya mengajar di darjah enam dan darjah dua. Mana-mana murid yang pandai di darjah enam akan menggantikan guru tersebut mengajar di darjah 2.
Selepas zaman Jepun, sekolah dibekalkan dengan kerusi dan meja. Terdapat juga kekurangan kerusi dan meja, maka murid darjah satu kenalah belajar secara meniarap ataupun bersila di atas lantai. Terdapat juga pelajaran senaman. Ada pertandingan senaman antara sekolah. Ada juga pertandingan bola sepak dan sepak raga..Sekiranya ada sesuatu pertsadingan senaman antara sekolah diadakan, maka kawasan padang sekolah tersebut akan dipenuhi oleh orang ramai bagaikan ada pesta. Ini adalah kerana pada masa itu tidak ada sebarang alat hiburan seoerti radio maupun televisyen. Kegaitan pasukan uniform yang palking popular pada waktu ialah boy scout (Pengakap.) Murid-murid sekolah berdekatan dan murid SK Kota selalu berkhemah di Chenong. Dato Abdullah bin Dahan Undang Rembau ketika itu telah banyak memberi kesedaran kepada orang melayu tentang pentingnya pendidikan. Mana-mana pelajar cemerlang dari SK Kota atau pun SK Chengkau dan SK Chembung akan dihantar belajar di Seremban. Mereka akan menaiki kereta api ke Seremban. Dengan kuasa yang ada pada beliau ketika itu, beliau telah mengarahkan kertapi berhenti di tiga tempat ini iaitu Di Gadung, Cengkau Ulu dan Chembung untuk mengambil pelajar-pelajar ini belajar di Seremban pada waktu pagi dan balik pada waktu petang. Kerana itu, tidak hairanlah kita jika terdapat ramai pesara pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berusia antara 60 ke 80 tahun ramai yang berasal dari 3 kampung tersebut.

Zaman Selepas Merdeka

Pada akhir tahun 1950an SK kota mengalami perubahan wajah. Sebuah bangunan setengah konkrit dibina di hadapan sekolah lama. Bangunan ini menempatkan bilik guru besar dan bilik-bilik darjah. Bangunan kayu yang dibina pada tahun 1950 itu dirobohkan dan diganti dengan bangunan ini. Pada tahun 1960 bangunan sekolah dan rumah guru yang dibina pada tahun 1903 terpaksa dirobohkan. Bangunan baru dibina untuk menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Betapa sayu dan sebaknya hati seorang bekas pelajar yang juga seorang guru yang mengajar disini ketika menyaksikan tempat pertama dia mengenal huruf dirobohkan. Kenangan hanya tinggal kenangan. Pengalaman susah payah belajar di situ memang tidak diperolehi oleh generasi yang akan datang.Tidak ada tanda dan bukti yang ingin ditunujukkan pada generasi akan datang. Namun kemajuan memerlukan pengorbanan. Bangunan baru dibina untuk mermberi keselesaan kepada pelajarnya. Juga pada tahun 1960 Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Kota. Selepas tahun 1964 terdapat beberapa buah bangunan tambahan dibina. Sehingga tahun 2003 terdapat 4 buah bangunan sekolah terdapat di SK Kota. Seiring dengan perkembangan system pendidikan Negara, sekolah ini juga mengikut arus perubahan. Guru-guru terlatih dan guru-guru KDC dihantar untuk mengajar di sini. Sistem pendidikan semakin baik. Walau bagaimanapun, sekitar tahun 1980an dan awal 1990an sekolah ini mengalami kemorosotan jumlah murid. Ini disebabkan system pengangkutan semakin baik. Ramai penjaga menghantar anak-anak mereka ke sekolah di pecan Tampin. Kemorosotan juga disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Seremban dan lain-lain. Sekolah Kebangsaan Kota seterusnya berubah wajah lagi. Pada tahun 2002 telah didirikan dua buah bangunan bertingkat.Rumah guru dan bangunan yang di hadapan rumah guru tersebut telah dirobohkan. Kini SK Kota mempunyai 5 buah bangunan.Blok dihadapan dibina bangunan 3 tingkat yang menempatkan bilik-bilik pentadbiran seperti bilik Guru Besar, pejabat, Bilik Guru-guru Penolong Kanan. Bilik Guru, Pusat Sumber, dan Bilik Tayang. Sementara dibahagian bawah pula dijadikan dewan terbuka dan dibina 2 buah bilik persalinan. Bangunan blok ke dua adalah bangunan 4 tingkat yang menempatkan bilik-bilik darjah dan bilik bilik khas iaitu bilik muzik, bilik pendidikan seni, bilik kemahiran hidup dan makmal sains, Di tingkat bawah pula di tempat suaru , bilik rawatan , bilik gerakan bilik wuduk serta setor sukan dan setor am. Setiap tingkat dibina tandas. Bangunan baru ini siap sepenuhnya pada tahun 2003 dan digunakan sepenuhnya pada pertengahan tahun 2003 iaitu genap 100 tahun SK Kota. Bangunan –bangunan lama telah dijadikan dewan sekolah, bilik pra sekolah dan sebuah lagi dijadikan bilik pendidikan khas .
Perubahan wajah S.k. Kota telah mengundang ramai pelajar ke sini. Dengan pembinaan kawasan-kawasan perumah di sekitar Kota dan Kendung juga menyumbang kepada peningkatan bilangan pelajar di sekolah ini. Kini S.K Kota setanding dengan sekolah sekolah di Bandar. S.K Kota juga dilengkapi dengan sebuah makmal komputer dan sebuah Pusat Akses. Kedudukan sekolah dijalan utama menjadikan S.K.Kota menjadi tumpuan. S.K Kota mempunyai bangunan yang cantik bagaikan terletak diatas se buah pentas hijau nan mendamaikan yang pasti nya memikat hati yang memandang. S.K. Kota bukan saja mempunyai bangunan yang tersergam indah , malah mempunyai presatsi akademik yang membanggakan. Saban tahun S.K Kota melahirkan ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR. Bukan saja S.K Kota mempunyai pencapaian akademi, malah aktiviti ko kurikulum juga membanggakan . Setiap tahun ada saja aktiviti yang dimenangi di peringkat daerah ke pertandingan peringkat negeri. Sama ada sukan ataupun ko kurikulum akademik mahupun pasukan berunifom. Kesemua faktor ini telah menyumbang kepada peningkatan bilangan pelajar sekolah ini. Di atas kejayaan inilah maka pada tahun ini S.K. Kota dicalonkan sebagai kategori sekolah cemerlang.

JAWATANKUASA INDUK

JAWATAN KUASA INDUK KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA


PENGERUSI: GURU BESAR
PN JASMIAH BT. HJ MUSTAFFA

NAIB PENGERUSI 1: GPK1
EN.NORDIN B. BHAROM

NAIB PENGERUSI 2: GPK HEM
PN JULIA BT. ABDUL RAHMAN

NAIB PENGERUSI 3: GPK KO-KURIKULUM
EN. BAHRIM B. SELAMON

SETIAUSAHA :
EN. ABDUL KARIM KASIRI


AHLI JAWATANKUASA

KETUA PANITIA BAHASA MELAYU:
PN. HJH. NORAYA BT. KASSIM
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS:
PN. ROSLINA BT. KASSIM

KETUA PANITIA MATEMATIK:
PN. SARASWATHY

KETUA PANITIA AGAMA ISLAM:
PN. SURAYA BT. MOHD NOR

KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP:
TN HJ. HASSAN B. ABDUL HAMID

KETUA PANITIA PJK:

EN. ABDUL KARIM B. KASIRI

KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI:

PN. NINA HARYANI BT. MOKHTARDIN

KETUA PANITIA MUZIK:
PN. HANIDAH BT. HAMZAH

KETUA PANITIA KAJIAN TEMPATAN:
CIK HJH. HASNAH BT. HASSAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Direkacipta Oleh: | Suhaidi MD. Sidek