SELAMAT DATANG KE LAMAN PSS SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA.

Pemandangan Sekolah

Saturday, November 21, 2009

Majlis Khatam & Berkhatan beramai-ramai

Pada 22hb November 2009 Sekolah Kebangsaan Kota telah
menyanjurkan satu program Majlis Khatam Al-Quran dan Berkhatan
secara beramai-ramai. Majlis ini diserikan dengan kedatangan
dari PPD Rembau Datin Hajah Naemah Bt. Ahmad Dahalan
yang merupakan perasmi bagi program tersebut.

Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai ini dipimpin
oleh Ustaz Aziz Ahmad dan ditemani ustaz Suhaidi Md.Sidek

Kelihatan Pegawai PPDPPD Rembau Datin Hajah Naemah Bt. Ahmad Dahalan
bersama Guru Besar SK Kota dan YDP PIBG skkota serta wakil
Pegawai Polis Daerah Kota bersama pasukan bomba.


Datin Hajah Naemah Bt. Ahmad Dahalan bersama Guru Besar
Pn. Jasmiah Hj. Mustaffa bergambar bersama pelajar
yang akan berkhatan.



Pelajar yang berkhatan dimandikan secara beramai-ramai
oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Rembau.

Kelihatan Datin Hajah Naemah Ahmad Dahalan merasmikan
semburan air untuk memandikan pelajar skkota yang
berkhatan yang diperhatikan oleh YDP PIBG Skkota
dan wakil pasukan bomba dan penyelamat.

Thursday, November 19, 2009

12 ORANG PELAJAR SKKOTA MENDAPAT 5A UPSR

Barisan 12 pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR bersama dengan
guru-guru tahun 6.


Barisan 5 pelajar yang mendapat 4A dalam UPSR bersama dengan
guru-guru tahun 6.

kelihatan wajah yang ceria barisan pelajar tahun 6 menunjukkan
slip peperiksaan mereka dalam UPSR bersama dengan guru-guru skkota

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009

Pada 19 November 2009 Sekolah Kebangsaaan Kota telah mengadakan
satu majlis hari Anugerah Pelajar Cemerlang bagi tahun 2009.
Majlis ini turut dihadiri oleh wakil PPD iaitu En.Azali Hashim
dan YDP PIBG En. Mohammad B. Mohd Noh


Barisan pelajar Pra Sekolah sempena hari anugerah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Direkacipta Oleh: | Suhaidi MD. Sidek