
Pada 5hb Mac 2010 Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG) telah melaksanakan satu mesyuarat bagi kali yang ke 35,yang bertempat di dewan tertutup SKKOTA pada jam 3.00 petang.
turut hadir YB.Tn.Hj. Khairi B. Jamaluddin yang merupakan Penaung SKKOTA. turut hadir juga wakil dari PPD Rembau Datin Hjh. Naemah Bt. Ahmad

YB.Tn.Hj. Khairi B. Jamaluddin ketika berucap sebagai perasmi Mesyuarat Agong PIBG Skkota

YB.Tn.Hj. Khairi B. Jamaluddin menyampaikan sijil serta trofi kepada pelajar yang telah berjaya dalam UPSR baru-baru ini

Sebahagian dari ibubapa yang turut hadir dalam Mesyuarat PIBG skkota.

Ahli Jawatankuasa pelaksana bagi Mesyuarat PIBG kali ke 35 2010

Pada 8 Februari 2010 AJK PSS telah sebulat suara melantik wakil ketua pengawas Pusat Sumber Sekolah yang diwakili oleh Nur Aimy Atiqah Bt. Abd. Karim sebagai ketua dan bantu oleh Mohd HelmiB. Hairudin sebagai Timbalan Ketua serta Nur Syafira Bt. Mohd Nasir.
Diharapkan dengan perlantikan baru ini dapat melicinkan lagi perjalanan Pusat Sumber Sekolah.
Pada 22hb November 2009 Sekolah Kebangsaan Kota telah
menyanjurkan satu program Majlis Khatam Al-Quran dan Berkhatan
secara beramai-ramai. Majlis ini diserikan dengan kedatangan
dari PPD Rembau Datin Hajah Naemah Bt. Ahmad Dahalan
yang merupakan perasmi bagi program tersebut.

Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai ini dipimpin
oleh Ustaz Aziz Ahmad dan ditemani ustaz Suhaidi Md.Sidek

Kelihatan Pegawai PPDPPD Rembau Datin Hajah Naemah Bt. Ahmad Dahalan
bersama Guru Besar SK Kota dan YDP PIBG skkota serta wakil
Pegawai Polis Daerah Kota bersama pasukan bomba.

Datin Hajah Naemah Bt. Ahmad Dahalan bersama Guru Besar
Pn. Jasmiah Hj. Mustaffa bergambar bersama pelajar
yang akan berkhatan.

Pelajar yang berkhatan dimandikan secara beramai-ramai
oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Rembau.

Kelihatan Datin Hajah Naemah Ahmad Dahalan merasmikan
semburan air untuk memandikan pelajar skkota yang
berkhatan yang diperhatikan oleh YDP PIBG Skkota
dan wakil pasukan bomba dan penyelamat.

Barisan 12 pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR bersama dengan
guru-guru tahun 6.

Barisan 5 pelajar yang mendapat 4A dalam UPSR bersama dengan
guru-guru tahun 6.
kelihatan wajah yang ceria barisan pelajar tahun 6 menunjukkan
slip peperiksaan mereka dalam UPSR bersama dengan guru-guru skkota
Pada 19 November 2009 Sekolah Kebangsaaan Kota telah mengadakan
satu majlis hari Anugerah Pelajar Cemerlang bagi tahun 2009.
Majlis ini turut dihadiri oleh wakil PPD iaitu En.Azali Hashim
dan YDP PIBG En. Mohammad B. Mohd Noh

Barisan pelajar Pra Sekolah sempena hari anugerah.


Program nilam telah dilakukan dan berjalan pada setiap waktu pagi dan masa rehat. Ini mengalakkan murid-murid untuk mengisi masa mereka dengan membaca buku serta mengkaji pelajaran mereka.Inilah satu usaha yang akan dan pasti berterusan untuk memastikan murid-murid skkota tidak ketinggalan jauh kebelakang.

Murid tahun dua ini sedang asyik membaca buku

Sebahagian besar dari pelajar skkota yang mengambil bahagian untuk membaca buku.


Baca apa tu Adi Irfan? yang ditanya oleh rakannya.