SELAMAT DATANG KE LAMAN PSS SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA.

Pemandangan Sekolah

Sunday, April 26, 2009

MOTO PSS

MOTO PSS

PSS
PENGGERAK MINDA MURID

OBJEKTIF PSS

OBJEKTIF PSS

1. Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran prestasi pencapaian akademik.

2. Menggalakkan murid-murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan p&p supaya mereka tidak bergantung semata-mata kepada buku teks dan kaedah ‘chalk dan talk’.

3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri , suka membaca dan sikap ingin tahu di kalangan murid melalui penggunaan bahan di PSS.

4. Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan p&p.

5. Mengadakan perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza antara satu sama lain.

6. Melatih murid menggunakan alat ‘hardware’, Perkhidmatan mengesan maklumat dan rujukan.

MATLAMAT PSS

MATLAMAT PSS

-Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah secara menyeluruh.

-Membentuk profesion guru yang berilmu , dinamis, kreatif dan berpendidikan untuk membantu membangunkan sahsiah guru sendiri dan pembangunan nusa , bangsa dan agama

-Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk pembangunan nusa, bangsa dan agama.

-Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar.

Pengenalan PSS

Pengenalan
Pusat Sumber Sekolah ini terletak di paras dua blok A. Pusat Sumber ini terdiri dari 4 bilik khas iaitu :

a. Bilik Perpustakaan
b. Bilik Bahan Bantu Mengajar
c. Bilik ‘ SAL ‘
d. Bilik Panggung Merak ( Audio Visual / Bilik Tayang )


A. Bilik Perpustakaan


1. Bilik ini memberikan perkhidmatan pinjaman buku-buku kepada
guru-guru dan murid.

2. Buku-buku di bilik ini disusun mengikut Sistem Pengkelasan
Dewey.

3. Di bilik ini juga terdapat sudut Pembelajaran Kendiri.

4. Perkhidmatan rujukan untuk guru-guru dan murid

5. Papan maklumat disediakan untuk penyebaran maklumat terkini teknologi pendidikan , berita pendidikan semasa untuk semua guru dan murid.

6. Sudut bercerita , Sudut Nilam dan Sudut ETeMS.

7. Kemudahan tempat untuk mengadakan mesyuarat.

8. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai perabot seperti meja, rak buku , rak majalah, rak akhbar, kerusi, rak kad katalog dan lain-lain.

B.Bilik bahan Bantu mengajar

1. Bilik ini beroperasi sebagai bilik kerja / baik pulih bahan p & p.

2. Memberikan perkhidmatan sumber bahan bantu mengajar kepada guru-guru.

3. Bahan dan alatan yang disimpan di bilik ini terdiri dari :

3.1 Carta mata pelajaran Bahasa Melayu , B.Inggeris, Matematik , Pendidikan Islam , Sains dan Kajian Tempatan.
3.2 Kit
- Kit permainan dalaman ( Indoor Games )
- Kit Pendidikan
3.3 Kad bacaan
- B. Melayu , B. Inggeris , P. Islam
3.4 Bahan pengajaran Matematik
3.5 Peta
3.6 Alatan teknikal / Elektronik
3.7 Glob
3.8 Alatan Sains
3.9 Bahan Seni


C. Bilik ‘ SAL ‘

1. Bilik ini beroperasi sebagai bilik bahasa untuk pelajaran B.Inggeris.

2. Bilik ini digunakan sebagai bilik mengajar bahasa Inggeris dalam suasana / ‘ senario ‘ Bahasa Inggeris.

3. Bahan atau alatan yang disimpan didalam bilik ini :

- carta-carta Bahasa Inggeris
- buku – buku cerita
- buku rujukan
- kit permainan
- kad-kad bacaan




D. Mini Panggung Merak ( Bilik Tayang / Audio Visual )

1. Bilik ini digunakan untuk membuat sesuatu tayangan Samada tayangan filem , video / Astro.

2. Bilik ini juga boleh digunakan oleh guru-guru sebagai bilik mengajar yang memerlukan bahan tayangan dalam usaha mempelbagaikan teknik penyampaian pengajaran.

3. Bahan yang boleh didapati di bilik ini ialah :

- VCR ( Video Cassette Recorder )
- VCD
- Peti Televisyen
- Astro
- Skrin
- OHP

4. Bilik ini dilengkapi dengan kerusi dan meja untuk pembelajaran .

Falsafah Pendidikan Malaysia

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu saha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan ,
berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Tuesday, April 21, 2009

PROGRAM DAN AKTIVITI NILAM DAN RAKAN PEMBACA


BILIK -BILIK PSS





MAKMAL ICT


BILIK SENI


KELAS

BILIK PEMULIHAN J-QAF


BILIK PEMULIHAN KIA


MAKMAL SAINS


BILIK KEMAHIRAN HIDUP



BILIK MUZIK


BILIK TAYANG


PUSAT SUMBER SEKOLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Direkacipta Oleh: | Suhaidi MD. Sidek